pinggan mangkuk di hj ismail group di jeti kuah ..byk kedai hj ismail di pekan kuah.. lalu jer dulu kt sini... sabor yang.....
Thursday, December 2, 2010
CUTI2 KE LANGKAWI / PADANG BESAR..
pinggan mangkuk di hj ismail group di jeti kuah ..byk kedai hj ismail di pekan kuah.. lalu jer dulu kt sini... sabor yang.....
Saturday, November 27, 2010
KUIH TIRAM
KUIH TIRAM
Sumber : MyResepi
Bahan-bahan
- 500gm tepung
- 1 biji telur
- 2 sudu margerin
- sedikit garam
- 160ml air
- **6 sudu tepung jagung**
- **6 sudu minyak**
Cara-cara
- Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
- Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)[saya masukkan semua bahan dalam BM]
- Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
- Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
- Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
- Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.
APAM SALJU
APAM SALJU
Sumber : Yatie Sinar kehidupan..
Bahan-bahannya.
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
- Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
- Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- Perap selama 3 jam.
- Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
- Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
Friday, November 26, 2010
SENTUHAN TERAKHIRRRR.....
Thursday, November 25, 2010
VADAI @ MASALODEH
VADAI
SUMBER : NAZ RINN CHAN
Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
KAEDAH PENYEDIAAN:
1. Rendam kacang dal selama lbhkrg 4 jam.. sy rendam 1 mlm
2. Toskan air dan kisar kacang hingga halus, tak mengapa jika terdapat sedikit kacang yg tidak hancur
3. Satukan semua bahan di dalam bekas n gaul rata
4. Leperkan di atas tapak tangan yg di alas plastik yg disapu dgn sedikit minyak utk mengelakkan melekat.
5. Goreng di atas api yg sederhana.


Tuesday, November 23, 2010
KUIH KASWI 2
KUIH KASWI
(Sumber :Yatie Sinar Kehidupan)
Bahan-bahan :
- 1 cawan gula pasir*
- 1 cawan gula merah*
- 1 1/2 cwn air*
- 3 helai daun pandan*(*di masak..)
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn tepung ubi
- 1/2 cwn tepung beras
- sedikit garam
- 3 sudu besar air kapur
- 3 cwn air
- Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
- Kelapa parut + garam
- Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
- Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
- Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
- Masukkan air kapur dan kacau sebati.
- Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
- Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
- Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
- Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
- Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
- =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
- Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
- Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
- Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
- Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama
Sunday, November 21, 2010
Easier Crispy Waffles
Credit to Sheryl's site
Easier Crispy Waffles
2 cups flour
1-1/2 tsp instant yeast
1 stick melted butter - saya letak lebihkurang 125 gm butter
2 cups warm milk - saya guna 1 tin susu cair 400ml + 100 ml air ..
2 eggs
2 tsp vanilla extract
1 tbsp sugar
1/2 tsp salt
The night before: -
1. Combine and whisk together the dry ingredients in a large bowl: flour, yeast, sugar and salt.
2. Combine the melted butter and milk. Add the mixture to the dry ingredients.
3. Whisk eggs and vanilla together in a separate small bowl. Add the egg-vanilla mixture to the other mixture, and whisk until well-combined.
3. Cover with plastic wrap and stick in the fridge until tomorrow morning.
The next morning:Prepare waffle iron as usual. Stir the batter to deflate it (it should be puffy and frothy). Add to waffle iron the same way you would other batter, keeping in mind that this batter will rise more than batters that use baking powder instead of yeast.
Nota/Cara yg telah diubahsuai sedikit
Saya mengadun waffle ni pada jam 630 am n pada jam 8.00 am adunan dah ready utk dimasak..
Satukan semua bahan kering (tepung, gula, yis, garam)
Cairkan butter n masukkan susu suam n telur, sebatikan n satukan dgn bahan kering.. gaul sebati.. cover dgn plastik wrap n biarkan pada suhu biasa/bilik....
Saturday, November 20, 2010
KEK PUDING KARAMEL
KEK PUDING KARAMEL
(Sumber Asal : My Resepi)
Bahan-bahan
- Karamel
- 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
- 2 sudu besar air
- Puding
- 2 biji telur
- 400ml susu cair@segar>>kita guna susu cair :D
- 35g gula
- sedikit esen vanila
- Kek span
- 70g tepung gandum
- 60g gula halus
- 2 biji telur
- 20g mentega- dicairkan
- Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
- Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
- Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
- Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
- Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
- Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
- Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
- Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
- Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2./saya guna pandan paste + pwarna hijau ...
- Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
- Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
Friday, November 19, 2010
Hanya Coklatku..
Mee Soup Tomato
Aimman kata ibu masak mee apa ni... mcm ada rasa western, cam ada rasa mee warong.. hahaha.. makan jer la bang.. aimman kan tak kisahhh...
Tuesday, November 16, 2010
Chewy Gooey Yummy Brownies
Saturday, November 13, 2010
5As
Friday, November 12, 2010
Apam dot.dot
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
Monday, November 8, 2010
Pau Gebu
PAU GEBU
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
- 3g (3/4 sudu teh) yis kering
- 2g (1/2 sudu teh) baking powder
- 50g (4 sudu makan) gula castor
- 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
- 2g (1 sudu teh) bread softener>>yg tak masukkan tp hasil ttp gebus ;-)
- 1/2 cawan air suam>>yg ni kita lebihkan sbb tak surelah air baper byk takut kita silap, nak tgk resepi asal tak leh sbb MyR tak leh bukak, kita tmbh dlm 1/3 lagi air suam.
Cara-cara
- Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
- Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
- Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
- ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
- Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
- ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
- Bahagikan doh kepada 10 bahagian
- Masukkan inti dan tutup kemas.
- Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
- ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
- Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
- Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
- ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
- Selamat mencuba...
Thursday, November 4, 2010
Laksa Nyonya Melaka
Spicy paste (grind to a fine paste):
- 200g onion
- 100g gelangal
- 50g fresh turmeric
- 50g belachan
- 2 lemon grass
- 5 candle nuts@buah keras
- 30 stalks of dried chillies
- 60g dried shrimps
Gravy:
- 2 tbs cooking oil
- 1/2 chicken (cut into small pieces)
- 10 medium prawns
- 1 litre coconut milk
- 250ml water
- 6 pcs tamarind apple slices (asam keping)
- 3 stalks of ginger bud
- Salt and sugar to taste
- saya tambah tauhu pok..
Garnish:
- Cucumber, deseeded and sliced thinly
- Red chillies
- Spring onion.. lupa pulak.. n saya letak taugeh
- Boiled eggs
Method:
- Heat oil and sautee spicy paste until fragrant and oil separates.
- Add in chicken and prawns, cook.
- Add in coconut milk and a little water.
- Add in ginger bud.
- Throw in salt and sugar to taste.
- Serve with yellow noodles or rice vermicilli and garnish accordingly
Tuesday, November 2, 2010
Congo Bar
Caranya:
Monday, November 1, 2010
Lempeng Kelapa VS Sambal Tumis
Kuih Talam Gandum
Source: Bdaria and original owner MR_MamaKastam
Makes 8" round (half of original recipe)
BOTTOM LAYER:
1 1/4 cup Plain Flour
1/4 cup Sugar
3/4 cup Palm Sugar Syrup (boil 250g Palm Sugar & 1 c Water)
2 cup Thin Coconut Milk
TOP LAYER:
2 cup Thick Coconut Milk
3/4 cup Plain Flour
3/4 tsp Salt
METHOD:
1. Heat up steamer. Grease tin.
2. Mix all bottom layer ingredients & steam 20 min.
Dry surface with kitchen towel & scrape with fork.
3. Mix all top layer ingredients & pour on top of the bottom layer.
Steam 30 min & open the cover & let the fire on for another 30 min to dry up the surface.
Off fire & cool the kuih completely before cutting.
Sunday, October 31, 2010
Puding Laici
Hasil merayau pepagi tadi.. rspi CP dari dapur lendanuar.. sumber chef Hanieliza.. sedappp.. sekali hadapp jer dah licin.. tak sempat nk berhias bagai..
RESEPI PUDING LAICI
Source : Chef Hanieliza
Bahan-bahan
· 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
· 6 gelas air ( 5 cwn air)
· 11/2 cawan gula ( sy letak 1/2 cwn jer.. )
· 1 tin susu cair
· 1 tin laici dalam tin... [mesin sikit]
· 1 tin laici [untuk hiasan]
Cara-cara
· Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
· Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
· Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
· Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
· Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

